Supervisor - Operations (Jasin)  

Duties & Responsibilities:
A. Pengurusan OperasI

  • Memberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan pemandu dan pekerja am (PRA) sebelum memulakan tugasan harian mengikut jadual dan arahan pihak pengurusan operasi SWM.
  • Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan awam dan kutipan sisa pepejal dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Memastikan semua pekerja mematuhi SOP, KPI dan arahan kerja yang dikeluarkan oleh pihak SWCorp.
  • Memantau serta merekod prestasi kerja harian kumpulan (KPI) dan memastikan laporan disediakan dengan lengkap untuk semakan dan penambahbaikan.
  • Memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dipatuhi termasuk penggunaan PPE dan amalan kerja selamat.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyeliaan, pemantauan dan penilaian harian ke atas tugasan pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal.
  • Menilai tahap prestasi kerja pekerja berdasarkan kualiti, pematuhan jadual dan kecekapan pelaksanaan tugas.
  • Menyediakan laporan harian kerja-kerja pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal kepada pihak pengurusan operasi SWM.
  • Melaporkan sebarang isu, aduan atau kegagalan kerja kepada Pentadbir Cawangan / Eksekutif Operasi dengan segera.
  • Menyediakan laporan kerja lebih masa (OT), cuti dan kehadiran staf serta memastikan pengurusan tenaga kerja mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Mengendalikan aduan awam berkaitan operasi pembersihan dan kutipan sisa pepejal serta memastikan tindakan pembetulan dilaksanakan.

B. Pengurusan Kenderaan & Peralatan
  • Mengendalikan dan mengurus penggunaan mesin rumput, lori dan kenderaan Unit Bengkel serta memastikan peralatan berada dalam keadaan baik.
  • Memastikan semua kenderaan dan peralatan diselenggara mengikut piawaian ISO 9001:2008.
  • Menyelaras permohonan penggunaan dan pembaikan mesin, kenderaan dan peralatan melalui borang yang ditetapkan.
  • Memastikan kenderaan dan mesin dilengkapkan dengan peralatan keselamatan sebelum digunakan.
  • Mengurus inventori dan stok peralatan operasi serta memastikan rekod diselenggara dengan betul.
  • Memastikan laporan kerosakan (NTC) disediakan dan dikemukakan kepada Unit Bengkel atau pihak berkaitan.

C. Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
  • Mengurus kehadiran, cuti, cuti tanpa gaji (unpaid leave) dan kebajikan pekerja di bawah seliaan.
  • Menyediakan laporan kehadiran dan prestasi pekerja kepada Unit Sumber Manusia dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Memberi penjelasan dan tindakan awal terhadap isu disiplin pekerja serta melaporkannya kepada bahagian sumber manusia sekiranya perlu.
  • Mengendalikan kes kemalangan, tuntutan insurans dan laporan berkaitan keselamatan pekerja.
  • Melaksanakan sebarang arahan tambahan daripada Eksekutif Operasi / Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.

Job Requirements:
Kelayakan Akademik

  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
  • Sijil / Diploma dalam Pengurusan Operasi, Kejuruteraan, Alam Sekitar, Pengurusan Fasiliti atau bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Pengalaman Kerja
  • Minimum 2–3 tahun pengalaman dalam bidang operasi pembersihan awam, kutipan sisa pepejal atau kerja-kerja penyeliaan tapak.
  • Pengalaman bekerja dengan SWM Environment / PBT / kontrak konsesi adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran & Kecekapan
  • Mempunyai kemahiran penyeliaan tenaga kerja, pengurusan jadual dan pemantauan prestasi pekerja.
  • Berpengetahuan dalam SOP, KPI dan keperluan SWCorp.
  • Mempunyai kemahiran menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan.
  • Mampu mengendalikan aduan awam dan isu operasi dengan berkesan.
  • Mahir menggunakan komputer asas (Microsoft Word, Excel, WhatsApp / sistem dalaman).
Keselamatan & Pematuhan
  • Mempunyai pengetahuan asas Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan penggunaan PPE.
  • Sikap & Ciri Peribadi
  • Bertanggungjawab, berdisiplin dan berintegriti tinggi.
  • Mampu bekerja di bawah tekanan dan mengurus tenaga kerja pelbagai latar belakang.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik.
  • Sanggup bekerja shift, hujung minggu dan cuti umum jika diperlukan.

Keperluan Tambahan
  • Mempunyai lesen memandu kelas D / E (bergantung kepada keperluan operasi).
  • Sihat tubuh badan dan mampu bekerja di tapak operasi.

  Employment Type:  Contract

  Spoken Language:  Bahasa Malaysia

  Written Language:  Bahasa Malaysia