Duties & Responsibilities:
Operasi:- Memberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan pemandu dan pekerja am
(PRA) sebelum mereka menjalankan kerja harian mengikut jadual dan arahan yang
telah ditetapkan oleh pihak pengurusan operasi SWM.
- Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan awam dan kutipan sisa pepejal
berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pengurusan
operasi SWM.
- Memastikan semua pekerja bekerja mengikut prosedur dan piawaian kerja
(KPI) yang dikehendaki oleh pihak PPSPPA.
- Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan
pekerjaan diutamakan dalam kerja-kerja
operasi yang dijalankan seharian.
- Melaksanakan kerja-kerja pengawasan dan penyeliaan
harian ke atas jadual-jadual kebersihan am dan kutipan sisa pepejal.
- Menilai tahap prestasi kerja bagi pekerja-pekerja di
bawah seliaan.
- Menyediakan dan menghantarkan Laporan Siap Kerja (LSK)
harian yang minimum untuk membuktikan kerja-kerja kebersihan awam dan kutipan
sisa pepejal kepada pihak operasi SWM setiap hari setelah kerja-kerja
diselesaikan.
- Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas
harian kepada Pentadbir Cawangan / Eksekutif Operasi.
- Menyediakan laporan kerja lebih masa dan Bonus Harian
Pekerja-pekerja Am dan Pemandu mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Mengawal kerja ad-hoc
atau lebih masa pekerja di
bawah seliaan.
- Melengkapkan borang-borang ISO harian yang berkaitan
dengan mengikut kehendak SOP dan tahap ISO.
- Menyediakan laporan permohonan barang-barang keperluan
kerja dan barang-barang kenderaan syarikat kepada Pentadbir Cawangan.
- Melapor segala masalah berkaitan dengan mesin rumput dan
kenderaan ke Unit Bengkel dan memastikan mesin rumput dan kenderaan syarikat
berada dalam keadaan baik.
- Menyediakan Borang Halangan Kerja (BHK) jika mempunyai
halangan atau masalah di tapak operasi yang menyebabkan kerja-kerja operasi
terganggu.
- Memastikan borang arahan baik pulih mesin rumput dan
kenderaan syarikat dilengkapkan
sebelum dirujuk kepada unit bengkel untuk dibaiki.
- Memastikan aduan awam dan kegagalan KPI yang diterima
diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak pengurusan operasi
SWM dan SWCorp.
Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran:
- Mengguna semua fungsi dalam mResponz applikasi dan
mematuhi semua tahap minimum yang ditentukan oleh pihak syarikat dari masa ke
semasa.
- Merekod segala cuti tahunan, cuti sakit, cuti tanpa
gaji, ponteng, dan lain-lain yang
berkaitan bagi semua pekerja di bawah seliaan.
- Menyediakan laporan kedatangan harian pekerja-pekerja di
bawah seliaan dan dihantar ke unit sumber manusia pada masa yang telah
ditetapkan.
- Mengeluarkan notis minta penjelasan kepada pekerja yang
melanggar undang-undang syarikat dan masalah disiplin.
- Bertanggungjawab untuk melapor kemalangan pekerja di
bawah seliaan ke bahagian sumber manusia dengan kadar segera untuk dirujuk
untuk tuntutan kepada pihak PERKESO dan insurans syarikat.
- Melapor ketidakhadiran pekerja ke bahagian sumber
manusia dengan kadar segera untuk tindakan disiplin.
- Memastikan pekerja di bawah seliaan mendapat bekalan
uniform dan memastikan mereka memakai uniform pada waktu bekerja.
- Melapor kesalahan salah laku pekerja di bawah seliaan ke
bahagian sumber manusia mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Memastikan laporan harian kenderaan dikemaskini pada
setiap hari.
- Memastikan kad minyak boleh digunakan dan melapor
sebarang kerosakan kad tersebut kepada pihak pentadbiran dengan segera.
- Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh
Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.