Supervisor - Operations (Iskandar Puteri)  

Skop Kerja

-Memberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan pemandu dan pekerja am (PRA) sebelum mereka menjalankan kerja harian mengikut jadual dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan operasi.
-Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan awam dan kutipan sisa pepejal berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pengurusan operasi.
-Memastikan semua pekerja bekerja mengikut prosedur dan piawaian kerja (KPI) yang dikehendaki oleh pihak syarikat.
-Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan diutamakan dalam kerja-kerja operasi yang dijalankan seharian.
-Melaksanakan kerja-kerja pengawasan dan penyeliaan harian ke atas jadual-jadual kebersihan am dan kutipan sisa pepejal.
-Menyediakan laporan harian kerja-kerja kebersihan awam dan kutipan sisa pepejal kepada pihak operasi setiap hari setelah kerja-kerja diselesaikan.
-Menilai tahap prestasi kerja bagi pekerja-pekerja di bawah seliaan
-Menyediakan laporan kedatangan pekerja dan merekod segala cuti yang berkaitan bagi semua pekerja di bawah seliaan.
-Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Pentadbir Cawangan / Eksekutif Operasi.
-Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.

Spesifikasi Kerja

-Minimum Diploma dalam bidang yang berkaitan.
-Fasih dalam Bahasa Melayu dengan pemahaman yang munasabah dalam Bahasa Inggeris.
-Mempunyai lesen memandu B2 dan mempunyai motosikal sendiri.
-Mempunyai pengalaman selama 1 tahun atau lebih.
-Keutamaan kepada calon Lelaki yang tinggal di kawasan Iskandar Puteri atau berhampiran diutamakan / digalakkan untuk permohonan ini.

  Spoken Language:  Bahasa Malaysia

  Written Language:  Bahasa Malaysia