Assistant - Admin (Js)  

Duties & Responsibilities
1. Pentadbiran Pejabat

I) Urusan Pengawal Keselamatan
a) Menguruskan hal-hal berkaitan dengan Pengawal Keselamatan yang dilantik oleh syarikat
b) Membuat semakan invois dan tuntutan serta pemotongan (sekiranya ada) bulanan pengawal keselamatan serta GRN dalam sistem SAP
c) Mengemaskini Database KPI Pengawal Keselamatan setiap bulan

II) Pengurusan Asrama Pekerja Asing
d) Menguruskan keperluan asrama dengan pihak operator asrama yang dilantik seperti menyalurkan aduan dari Unit Pekerja Asing HR seperti kerja pembaikan, pemindahan dan kemasukan pekerja ke asrama terbabit.
e) Membuat perancangan penggantian setiap 2 tahun keperluan asrama seperti tilam, bantal dan cadar.
f) Membantu Unit Pekerja Asing (HR) semasa proses pemindahan bagi kelancaran urusan dengan pihak operator asrama.
g) Membuat semakan bil-bil utiliti bulanan SAJ dan TNB asrama yang diterima daripada operator asrama untuk bayaran serta lain-lain pemotongan yang melibatkan pekerja asing seperti kerosakan fasiliti, kehilangan kad akses dan sebagainya. .

III) Pengurusan Insuran Kemalangan dan Kematian
e) Menguruskan borang serta dokumen bagi tuntutan insuran samada kemalangan atau kematian pekerja / kakitangan

2. Penyediaan dan Pengurusan Dokumen Kontrak
a) Menydiakan dokumen kontrak baru dan sambungan

3. General Responsibilities/ Tanggungjawab Am
a) Menjalankan dan melaksanakan tugas yang diberikan mengikut Prosedur ISO Standard / Operasi Standard pada setiap
masa.
b) Mematuhi peraturan keselamatan untuk semua aktiviti kerja dan pekerja-pekerja lain. Tanggungjawab bersama pekerja dan syarikat ialah memantapkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang selamat.
c) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa

Job Requirements
• Mempunyai Diploma dalam bidang Pentadbiran atau yang setaraf dengannya.
• Kemahiran dalam penggunaan computer dan aplikasi Microsoft Office.
• Sanggup bergerak ke tempat yang berlainan untuk menjalankan tugasan jika perlu.
• Pengalaman yang berkaitan adalah kelebihan tambahan untuk jawatan ini

  Spoken Language:  Bahasa Malaysia, English

  Written Language:  Bahasa Malaysia, English