Assistant - Fleet Admin (Js) - 2  

Duties & Responsibilities
a) Menyemak dan mengemaskini senarai kenderaan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta memastikan tiada masalah timbul semasa proses penukaran hakmilik.

b) Memastikan setiap saman yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Polis Trafik, JPJ, SPAD, JAS dan lain-lain) dibayar pada atau sebelum masa atau tarikh yang ditetapkan.

c) Memastikan semua urusan yang berhubung kait dengan PUSPAKOM berjalan dengan lancer tanpa sebarang masalah seperti Jadual Pemeriksaan, Laporan Keputusan Pemeriksaan, Pemeriksaan Khas, Pemeriksaan Berkala, yuran / bayaran pemeriksaan dan lain-lain lagi.

d) Memastikan semua kenderaan mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan yang sah serta belum tamat tempoh.

e) Membantu dan memastikan semua urusan yang berhubung kait dengan SPAD berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah seperti Pembaharuan Lesen Pembawa (Permit), ubah syarat Lesen Pembawa dan lain-lain lagi.

f) Memantau semua urusan yang berkaitan dengan Fleetkad / Kad Minyak yang dibekalkan oleh Vendor / Syarikat pembekal minyak petrol atau diesel.

g) Memastikan semua peralatan sukat atau alat timbang dan sukat mematuhi Sistem Pengurusan Lesen Timbang dan Sukat sebagaimana dinyatakan di dalam Akta Timbang dan Sukat.

h) Apa-apa juga kerja-kerja dan urusan pentadbiran seperti:

• Mengemaskini data yang berkaitan untuk semua kenderaan dan status semasa.
• Mengemaskini maklumat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan serta status pembaikan dan semasa.
• Menyemak tuntutan kerja lebih masa dan lain-lain arahan kerja yang akan diberi oleh Executive Fleet Admin dari semasa ke semasa.

Job Requirements
• Diploma dalam mana-mana bidang yang diiktiraf
• Mahir dalam penggunaan komputer
• Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan

  Spoken Language:  Bahasa Malaysia

  Written Language:  Bahasa Malaysia