Closing Date : 31/01/2026

Assistant - Operations (Labis)  

Skop Kerja

Pengurusan Operasi
• Menyediakan laporan bulanan bagi Unit Kebersihan Am/ Unit Sisa Pepejal/ Unit Pusat Bandar/ Unit Selia Kontraktor/ Aduan Awam dan lain-lain yang berkenaan.
• Membantu melaksanakan kerja-kerja segera dan laporan khas yang diperlukan oleh Penyelia dan Eksekutif Operasi.
• Merekod laporan gotong royong dan aduan awam pada setiap bulan.
• Memastikan kawasan baru dimasuk dan direkod ke dalam Lembaran Kerja Harian, Laporan dan Jadual Operasi.
• Menyediakan minit mesyuarat apabila mesyuarat diadakan.
• Menyediakan laporan harian bagi pekerja-pekerja UKA/ USP/ UPB.
• Melaksanakan dan mengemaskini sistem SAP untuk barang-barang keperluan operasi, bengkel dan stor.
• Membantu Penyelia untuk membuka borang AKBK (Arahan Kerja Baikpulih Kenderaan) kepada pihak bengkel jika diperlukan.
• Menyediakan segala laporan yang berkaitan dengan Bahagian Bengkel.
• Berurusan dengan pihak GIS atas data tercicir, kawasan tambahan atau inventori yang meragukan dan mengemaskini pemetaan terkini kepada penyelia.
• Membantu dalam proses permintaan tong baru, kerosakan dan kehilangan tong, mengemaskini bilangan stok tong dan menyediakan laporan yang berkenaan kepada pihak Logistik jika diperlukan.
• Mengemaskini jadual operasi termasuk kawasan baru atau sebarang rombakan dan berurusan dengan pihak OPU.
• Melaporkan sebarang kemalangan yang melibatkan pekerja dan kenderaan syarikat dan menyediakan laporan ke dalam Sistem E-Nadopod.
• Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada pegawai atasan.
• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

• Berurusan dengan pihak Pentadbiran untuk kes cermin pecah dan membantu untuk merekodkan data di dalam sistem E-PLC jika diperlukan.
• Berurusan dengan pihak Pentadbiran untuk uniform pekerja dan membantu untuk mengemaskini data uniform di dalam sistem E-Uniform jika diperlukan.
• Membantu untuk menyediakan segala laporan yang berkaitan dengan pemprosesan gaji PRA atau Bahagian Sumber Manusia dan memastikan laporan dihantar pada masa yang ditetapkan.
• Menyediakan laporan kedatangan dan tuntutan kerja lebih masa PRA kepada pihak Sumber Manusia.
• Membantu serta menyemak tuntutan lesen memandu oleh pihak pemandu kepada pihak syarikat.
• Membantu Bahagian Sumber Manusia berhubung semua urusan berkaitan pekerja PRA di bawah unit UKA/ UPB/ USP.
• Menyediakan dokumentasi seperti Borang Penilaian Prestasi, surat pengesahan majikan, surat pembukaan akaun bank dan lain-lain kepada PRA jika diperlukan.
• Membantu Penyelia dalam menyediakan tuntutan SOCSO dan insurans syarikat.


Aduan Awam, Notis KPI SWCorp & Laporan Halangan Kerja

Berurusan dengan pihak CRM untuk melaksanakan tugasan berikut jika diperlukan:
• Pengendalian telefon dan aduan awam.
• Pengendalian borang aduan awam dalam CRM Sistem.
• Menyemak ketidakpatuhan KPI harian daripada pihak SWCorp melalui sistem.
• Memasukkan laporan halangan kerja melalui sistem untuk makluman SWCorp.
• Menyalurkan sms alert semua aduan awam kepada penyelia, ketua unit, Eksekutif Operasi dan Pentadbir Cawangan.
• Menyerahkan borang aduan awam kepada penyelia.
• Membuat susulan terhadap aduan awam dan kemaskini tindakan dalam sistem.

Spesifikasi Pekerjaan

• Warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas.
• Diploma dalam mana-mana bidang yang diiktiraf.
• Dua (2) tahun pengalaman di dalam bidang pengkeranian.


  Employment Type:  Permanent (Full Time)

  Min. Education:  DIPLOMA

  Spoken Language:  Bahasa Malaysia

  Written Language:  Bahasa Malaysia