Core Responsibilities / Tanggungjawab
Utama
Pengurusan Operasi
·
Menyediakan laporan bulanan bagi Unit Kebersihan Am/ Unit Sisa
Pepejal/ Unit Pusat Bandar/ Unit Selia Kontraktor/ Aduan Awam dan lain-lain
yang berkenaan.
·
Membantu melaksanakan kerja-kerja segera dan laporan khas yang
diperlukan oleh Penyelia dan Eksekutif Operasi.
·
Merekod/menghantar laporan gotong royong dan gerak gempur pada setiap
bulan.
·
Memastikan kawasan baru dimasukkan dan direkod ke dalam Lembaran Kerja
Harian, Laporan dan Jadual Operasi.
·
Menyediakan minit mesyuarat apabila mesyuarat diadakan.
·
Menyediakan laporan harian bagi pekerja-pekerja UKA/ USP/ UPB.
·
Melaksanakan dan mengemaskini sistem SAP untuk barang-barang keperluan
operasi, bengkel dan stor.
·
Membantu Penyelia untuk membuka borang AKBK (Arahan Kerja Baikpulih
Kenderaan) kepada pihak bengkel jika diperlukan.
·
Menyediakan segala laporan yang berkaitan dengan Bahagian Bengkel.
·
Membantu dalam proses permintaan tong baru, kerosakan dan kehilangan
tong, mengemaskini bilangan stok tong dan menyediakan laporan yang berkenaan
kepada pihak Logistik jika diperlukan.
·
Mengemaskini jadual operasi termasuk kawasan baru atau sebarang
rombakan dan berurusan dengan pihak OPU.
·
Melaporkan sebarang kemalangan yang melibatkan pekerja dan kenderaan syarikat dan
menyediakan laporan ke dalam Sistem E-Nadopod.
·
Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada pegawai
atasan.
·
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa
ke semasa.
Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
·
Berurusan dengan pihak Pentadbiran untuk kes cermin pecah dan membantu
untuk merekodkan data di dalam sistem E-PLC jika diperlukan.
·
Berurusan dengan pihak Pentadbiran untuk uniform pekerja dan membantu
untuk mengemaskini data uniform di dalam sistem E-Uniform jika diperlukan.
·
Membantu untuk menyediakan segala laporan yang berkaitan dengan pemprosesan
gaji PRA atau Bahagian Sumber Manusia dan memastikan laporan dihantar pada
masa yang ditetapkan.
·
Menyediakan laporan kedatangan dan tuntutan kerja lebih masa PRA
kepada pihak Sumber Manusia.
·
Membantu serta menyemak tuntutan lesen memandu oleh pihak pemandu
kepada pihak syarikat.
·
Membantu Bahagian Sumber Manusia berhubung semua urusan berkaitan
pekerja PRA di bawah unit UKA/ UPB/ USP.
·
Menyediakan dokumentasi seperti Borang Penilaian Prestasi, surat
pengesahan majikan, surat pembukaan akaun bank dan lain-lain kepada PRA/Pemandu
jika diperlukan.