General Worker - Road Sweeping (Ns)  

Role


Duties & Responsibilities
JOB SUMMARY / RINGKASAN TUGAS :
Bertanggungjawab ke atas arahan kerja yang akan ditentukan dari masa-kesemasa terhadap kerja-kerja pungutan sisa pepejal,memotong rumput, menyapu jalan,litter buster, pembersihan parit mengikut jadual dan laluan yang telah ditetapkan dan memastikan kebersihan di Kawasan Operasi sentiasa berada di tahap yang memuaskan dan mengikut KPI SWCORP.

Job Requirements
JD Pekerja Am
KEY DUTIES AND RESPONSIBILITIES / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :
Pungutan Sisa Pepejal
a) Melaksanakan kerja-kerja pungutan sisa pepejal di Kawasan Operasi yang telah dijadualkan serta mengikut panduan KPI SWCORP.
b) Memastikan kebersihan Kawasan Operasi sentiasa berada di tahap yang memuaskan dari masa ke semasa.
c) Memeriksa dan memastikan semua peralatan kerja berada di dalam lori sebelum ke tempat kerja.
d) Memastikan tailgate dikunci kepada badan lori Kompaktor semasa lori memampatkan sisa pepejal bagi mengelakkan berlakunya tumpahan air kotoran.
Potong Rumput
e) Melaksanakan kerja-kerja memotong rumput di kawasan yang dijadualkan mengikut panduan KPI SWCORP.
f) Memastikan kerja-kerja menyapu dilakukan dengan cermat selepas rumput dipotong serta dilupuskan pada hari yang sama.
g) Memastikan kebersihan di Kawasan Operasi sentiasa berada di tahap yang memuaskan.
h) Melapor segala kerosakan peralatan kepada Penyelia dan memulangkan peralatan yang rosak untuk gantian.
Sapu Jalan
i) Melaksanakan kerja-kerja menyapu jalan di kawasan yang dijadualkan mengikut panduan KPI SWCORP.
j) Memastikan kerja dilakukan dengan cermat seperti memasukkan sampah yang disapu ke dalam bag plastik yang disediakan untuk dilupuskan.
k) Memastikan kebersihan di Kawasan Operasi sentiasa berada di tahap yang memuaskan.
l) Melaporkan segala kerosakan peralatan kepada Penyelia dan memulangkan peralatan yang rosak untuk gantian.
Litter buster
m) Melaksanakan kerja-kerja memungut sampah di kawasan dan laluan yang diarahkan oleh Penyelia.
n) Memastikan kerja dilakukan dengan cermat seperti memasukkan sampah yang dipungut ke dalam bag plastik yang disediakan untuk dilupuskan.
o) Memastikan kebersihan di Kawasan Operasi sentiasa berada di tahap yang memuaskan.
p) Melakukan pemeriksaan ke atas motosikal side car untuk memastikan iannya selamat untuk digunakan.
Pembersihan Parit /longkang
q) Melaksanakan kerja-kerja pembersihan parit dan longkang di kawasan yang dijadualkan dan mengikut KPI SWCORP.
r) Memastikan kerja dilakukan dengan cermat seperti memasukkan bahan-bahan kotoran ke dalam bag plastik yang disediakan untuk dilupuskan.
s) Memastikan kebersihan di Kawasan Operasi sentiasa berada di tahap yang memuaskan.
t) Melapor segala kerosakan peralatan kepada Penyelia dan memulangkan peralatan yang rosak untuk gantian.
Tanggungjawab Am
u) Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Penyelia.
v) Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Penyelia / Pegawai Atasan dari masa ke semasa.
W) Memastikan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.
x) Melaporkan kemalangan yang berlaku untuk tuntutan PERKESO dan Insurans.
y) Wajib merakam kad perakam waktu/ cap jari pada setiap hari (masuk dan keluar) tanpa gagal.
z) Sentiasa memakai pakaian seragam lengkap dan alat pelindung keselamatan yang dibekalkan oleh pihak syarikat.
NOTE: This job description is not intended to be all-inclusive. The company reserves the right to review this job description from time to time and/or the employee may be required to perform other related duties to meet the ongoing needs of the organization.

NOTA : Senarai tugas dan tanggungjawab yang tercatat di atas tidak bermaksud telah merangkumi kesemua tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pekerja. Pihak syarikat berhak menyemak semula senarai tugas-tugas ini dari semasa ke semasa dan/atau pekerja mungkin dikehendaki melaksanakan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan bagi memenuhi keperluan semasa syarikat.