Assistant - Mechanic (Gcm)  

Skop Kerja:

• Memastikan semua kerja-kerja baikpulih telah mempunyai arahan kerja baikpulih
• Memeriksa peralatan kerja yang dibawa masuk ke Bengkel dan menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan.
• Memastikan semua kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan dibuat dengan sempurna,teknik yang betul dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bengkel.
• Memastikan barang yang dipesan berada dalam keadaan baik dan betul mengikut pesanan yang dibuat.
• Memeriksa semula peralatan kerja yang telah dibaikpulih dan diselenggara mengikut perancangan syarikat.
• Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan di Bengkel sentiasa terjamin pada setiap masa mengikut peraturan oleh pihak pengurusan.
• Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Ketua Mekanik / pihak pengurusan bengkel.
• Sentiasa menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan cara yang betul dan selamat
• Memastikan peralatan kerja yang dibekalkan dijaga dengan baik dan rapi serta melaporkan kepada pihak pengurusan jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan kerja.
• Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Ketua Mekanik / pihak pengurusan dari masa ke semasa.

Keperluan kerja:

• Mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 1 dalam bidang automotive.
• Mahir baikpulih mesin rumput / enjin petrol dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

  Employment Type:  Permanent (Full Time)

  Min. Education:  CERTIFICATE

  Spoken Language:  Bahasa Malaysia

  Written Language:  Bahasa Malaysia